Tuesday, April 7, 2009

Tanggungjawab warganegara dari pandangan doktor pert

assalamualaikum dan salam sejahtera..
NAMA: AHMAD LUTFI BIN SELAMAT
NO. MATRIK: AE070***
TAJUK: TANGGUNGJAWAB SEORANG WARGANEGARA

Warganegara adalah orang yang secara aktif ikut mengambil bahagian dalam kegiatan hidup bernegara, iaitu orang yang boleh berperan sebagai orang yang diperintah, dan orang yang boleh berperan sebagai yang memerintah. Seorang warganegara harus mengetahui tanggungjawab mereka terhadap negara. Salah satu daripada tanggungjawab warganegara ialah membela dan mempertahankan keadulatan negara dari serangan musuh tanpa mengira jenis serangan yang datang.Walaupun seseorang itu tidak mengangkat senjata untuk berperang mempertahankan negara, dia juga boleh mempertahankan negara dengan menjaga nama baik negara dan juga patuh serta menghormati rukun negara.

Selain mempertahankan kedaulatan negara, seseorang itu perlu mempunyai kemampuan untuk memahami, menerima, dan toleransi terhadap keragaman budaya. Ini disebabkan masyarakat dalam setiap negara terdiri daripada berbilang bangsa dan etnik. Hormat-menghormati antara kaum adalah diperlukan untuk mengelakkan perpecahan kaum atau perang dalam negara sendiri.

Seorang warganegara juga harus taat, tunduk dan patuh terhadap segala peraturan yang telah ditetapkan dalam negara. Peraturan dalam negara diciptakan untuk menjaga keamanan dalam negara. Apabila wujud peraturan, tingkah laku warganegara dapat dikawal agar tidak melakukan perbuatan yang mengganggu individu serta komuniti lain dalam negara.

Selain itu, warganegara juga mempunyai kewajiban membayar cukai yang telah ditetapkan kepada pemerintah. Cukai ini adalah untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat, juga untuk memenuhi keperluan asas orang-orang fakir dan miskin. Selain itu adalah untuk penyediaan kemudahan awam dan juag pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam.

Tanggungjawab warganegara yang seterusnya ialah wajib turut serta dalam pembangunan untuk membangun bangsa agar bangsa kita boleh berkembang dan maju ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, rakyat mengikut segala kempan kerajaan yang membawa ke arah pembangunan.

3 comments:

  1. pergh.. karya aku pun ade.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. owh..kami disini mengalu-alukan karya anda..trima kasih atas kerja sama anda..

    ReplyDelete
  3. trima kasih...info yg sangat bermaanfaat untuk saya

    ReplyDelete