Tuesday, April 7, 2009

tanggungjawab warganegara

assalamulaikum...

disini saya sertakan sebuah karangan yang berjudul tanggungjawab warganegara..

Apakah tanggungjawab kita sebagai warganegara? Mungkin kita tidak tahu atau sedar akan tanggungjawab ini. Sebagai warganegara Malaysia, kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap negara ini. Kepentingan melaksanakan dan mematuhi tangggungjawab adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara kita. Kewarganegaraan bermaksud keahlian kepada sesebuah komuniti politik yang membawa kepada hak-hak penyertaaan politik. Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya, sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya.

Antara tanggungjawab kita sebagai warganegara ialah mempertahankan negara. Kita wajib mempertahankan negara dari segala sudut ancaman serta serangan musuh negara. Setiap warganegara perlu mempunyai kesedaran ini. Mempertahankan negara dari segala ancaman musuh adalah perlu demi menjaga keamanan negara kita. Andaikan negara kita berperang, kita haruslah bangun bersama mengangkat senjata berperang demi mempertahankan negara .Kita tidak patut membiarkan negara kita di jajah lagi. Selain mempertahankan negara, sebagai warganegara, kita wajib membayar cukai kepada kerajaan. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab menjelaskan segala cukai pada setiap tahun. Antara cukai yang kita perlu bayar ialah cukai pintu. Setiap tahun kerajaan akan mengeluarkan notis agar kita menjelaskan cukai kita. Menjelaskan cukai ini penting demi pembangunan ekonomi negara agar negara kita terus maju.

Selain itu, setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab yang wajib apabila telah cukup umur, iaitu tanggungjawab mengundi. Warganegara yang telah cukup wajib untuk keluar mengundi. Apabila seseorang warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun, maka dia wajib keluar untuk mengundi apabila pilihanraya dijalankan. Tanggungjawab ini perlu bagi memilih pemimpin yang berkualiti untuk memimpin Negara agar terus aman dan sejahtera.

Sebagai warganegara Malaysia, kita wajib mengetahui rukun-rukun Negara.Prinsip- prinsip rukun Negara adalah; kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang- undang dan kesopanan dan kesusilaan. Sebagai warganegara, kita juga perlu menjaga kehormatan dan kedaulatan negara kita.Kedaulatan sesebuah negara amatlah penting kerana ianya melambangkan kekuatan serta kesucian negara tersebut.Selain itu, warganegara juga perlu menjaga keamanan negara. Keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama. Keamanan negara menjamin kesejahteraan rakyat sesebuah negara. Selain itu, warganegara haruslah mengikut serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Mematuhi undang-undang boleh menjamin keamanan negara.

Justeru itu, tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama, budaya, rukunegara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini juga hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.




7 comments:

  1. perghhh penulisan abang ni memang best la.
    hahahaha.buto ah dut.
    hehe.dengan harapan nk dpt duet free.
    lalala~

    ReplyDelete
  2. mister dut.. boleh x awak bantu sya buat karangan "patriotisme dalam masyarakat"

    ReplyDelete
  3. penggunaan justeru itu adalah tidak tepat kerana justeru sudah menepati maksud oleh itu.maka, justeru sahaja sepatutnya bukan justeru itu

    ReplyDelete
  4. Salam, blh tlg buatkn ayat ut saya.
    'Saya ingin menjadi warganegara malaysia kerana.......'

    ReplyDelete
  5. Hello abg..macam mana nak buat anak.
    Lps kahwin.
    Jolok ke pastu isap puki

    ReplyDelete